Sebelum apa2 saje nk criter...Petang2 gini tiba2 terasa lapar pulak. Pegila dapur tadi nak makan. Tanpa usul periksa terus capai Honey Star bawak masuk bilik. Sekali dua kali gigit tak rasa apa. Lama2 rasa "eh, asal masin honey star aku ni?" Skali cek, alamak! Banyak semut doh!! Nasib baru makan sket. Terus pegi simpan balek benda tu ambil Twistes pulak. Cek dulu...Fuhh seb bek takde semut ke apa ke. Semut zaman sekarang jangan main2. Yang manis2 dia masuk, yang pedas taknak pulak! Takpe asal tak sakit perut suda...
Kalau nak diceritakan saat2 manis dalam MoMusu memang tak tertulis. Walaupun baru setahun jagung kenal diorang (actually almost 3 years) tapi banyak benda yang aku tahu pasal kumpulan ni. Panjang sejarah diorang. Bermula dengan hanya 5 orang ahli kemudian berkembang kepada 9 then terus meningkat sehingga mencapai rekod yang takkan mampu dipecahkan oleh mana2 group iaitu seramai 15 ORANG AHLI!
Memang tak dinafikanlah ramai yang cakap masa era '15 straight line' ni ialah era paling gempak dalam MoMusu. Aku pun setuju. Tsunku-san pernah cakap ini ialah ahli teramai yang MoMusu pernah dan akan ada dalam sejarah. Kalau diikutkan memang tak best la dengar beliau cakap macam tu. Kalau boleh aku nakkkkk sangat5x MoMusu kembali ke zaman ni. Bukan apa, MERIAH tau!
Nilah dia... from left up <konkon, rika, ai, nachi, risa, reina, kaorin, nono, aibon, yoshi, sayumi, miki, makoto, mari, eri> =P
Semuanya kawaii!!
Tapi aku suka jugak era 'MM The Ballad'. Macam ni...
Tada!! from left up <koharu, linlin, ai, reina, junjun, eri, sayumi, risa, aika>
Cun tak? Cunnn!! Sebab tu aku suka...
Apa2 pun yang terjadi pada MoMusu lepas ni aku tetap sokong dari belakang! Sebenar2nya walaupun orang cakap kebelakangan ni lagu2 dorang tak berapa mantap tapi bagi aku Tsunku cuba buat yang terbaik untuk kumpulan "The Sister of the Group" dalam Hello Project ni. Aku tau, selama ni pun beliau dah banyak berfikir untuk masa depan MoMusu dan sekarang dia kena fikirkan masa depan 10th and 9th generation of MoMusu!
Aku sakit telinga jugak dengar orang cakap, "Uihh, ramainya group ni! Semua boleh nyanyi ka?" Aku cakap je la "Boleh. Suara diorang semua unik dan part yang diorang nyanyi dalam satu2 lagu tu sesuai dengan karakter vokal diorang." Pendek kata aku cakap semua ahli dalam MoMusu ni ada tanggungjawab masing2.
Percayalah, bukan buta2 Tsunku nak ambil sampai 15 or 9 orang dalam satu group. Beliau buat semua ni untuk masa depan MoMusu. Pertama: 1-Cuba bayangkan kalau 5th and 6th generation takde dalam '15 Straight Line"...Maknanya takdelah MoMusu yang sekarang ni! BETUL TAK KAWAN2?! 2-Cuba bayangkan kalau Tsunku tak buat audition untuk 10th generation dan next2 audition...Maknanya tinggal Reina, Aika and Sayumi jelah yang senior! KAN?!
The best pose from Ai-chan. <taken from Nanchatte Renai PV>
Ada jugak yang tanya aku macam ni,"Sebenarnya lagu diorang ni macam mana? Kejap camni, kejap camtu?"
Huh! Perlu ke nak jawab soalan tu? Untuk post kali ni aku jawablah. "Ikut keadaanlah. Kalau majoriti senpai, diorang bawaklah lagu2 ballad and rancak. Tapi aku rasa ada jugak lagu2 yang berirama kiut untuk setiap album. WAJIB! Kalau banyak kyukies lagu diorang berubah lah ikut kesesuaian."
Kalau diorang tanya aku kyukies and senpai tu apa, jap lagi bersepai la diorang! HAHAHA...
PAP!! Seekor nyamuk mati di tangan aku! Tulah lalu depan aku. Dahlah tengah sedap2 menaip ni. Okelah, memandangkan aku sedang diserang oleh nyamuk, kena stop sampai sini dululah. For next post insyaAllah cerita pasal Jpop lagi. Oke,see u guys soon! Please comment...setuju/tak?
p/s: Actually memang blog ni pasal Jpop...hehehe